Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada konsep, teori dan kaedah komunikasi, protokol dan etiket sosial serta pembinaan modul program khidmat masyarakat. Kursus ini juga memberi pengetahuan asas tentang pendekatan mengendalikan projek khidmat masyarakat yang menjurus kepada pembangunan masyarakat diberikan secara teori dan amali untuk membolehkan pelajar mengendalikan sebarang projek secara berkesan. Pada tahap ini, para pelajar dikehendaki melaksanakan secara amali setiap kemahiran komunikasi, protokol, dan etiket serta pembinaan modul yang akan dilaksanakan pada semester berikutnya.
Tugasan Kumpulan 1 - Penulisan Kertas (30%) + Pembentangan Video (15%)
BERIKUT ADALAH CONTOH-CONTOH TAJUK YANG BOLEH DIPILIH UNTUK TUGASAN 1
Pelajar dikehendaki menyediakan satu penulisan laporan berkaitan salah satu di bawah ini. Setiap kumpulan dikehendaki mendaftar Tajuk dan Kumpulan (Ketua dan Ahli2) yang terdiri daripada 5 - 7 orang sahaja.
- Jenis-jenis Komunikasi
- Halangan-halangan dalam Komunikasi
- Protokol dan Etiket
- Tertib Di Meja Makan semasa Majlis Rasmi
- Protokol Majlis Rasmi dan Acara Jamuan
- Adab Makan Mengikut Kesesuaian Majlis/Acara
Tugasan 1 ini perlu dilengkapkan mengikut garis panduan penulisan seperti berikut:
- Muka depan (lengkap dengan nama universiti, tajuk, nama ahli kumpulan beserta no matrik, diserahkan kepada, semester dan sesi)
- Isi kandungan (senarai dan muka surat)
- Kandungan atau isi yang merangkumi
- Pengenalan tajuk
- Sejarah / Jenis-jenis / Klasifikasi
- Garispanduan / Prosedur
- Kepetingan / Halangan / Cabaran
- Trend Semasa berkaitan tajuk
- Cadangan
- Kesimpulan
- Rujukan (semua yang dijadikan rujukan seperti buku, jurnal, website dan yang berkaitan)
- Semua isi kandungan perlu ditaip dalam 15-20 muka surat, langkau 1.5, jenis tulisan ‘Times New Roman’.
- Mukasurat tidak termasuk gambar atau rajah yang disertakan jika ada.
VKMB1021-T1
| Title | Version | Description | Size | Hits | Date added | Download |
|---|---|---|---|---|---|---|
| VKMB1021 Pakaian | 1.0 | Etika Pakaian | 2.65 MB | 220 | 2022-07-27 |
Download
Open |
| VKMB1021 Tertib Meja Makan | 1.0 | Etika Majlis Rasmi | 995.32 KB | 262 | 2022-07-27 |
Download
Open |
| VKMB1021 Etiket | 1.0 | Protokol Etiket | 1.83 MB | 82 | 2022-07-27 |
Download
Open |
Pembentangan Melalui Video bagi Tugasan 1
Pembentangan Kumpulan 1 - Pelajar Semester Januari 2022/21
Pembentangan Kumpulan 2 - Pelajar Semester Januari 2022/21
Tugasan Kumpulan 2 - Kertas Kerja Webinar (30%) + Pembentangan Video (15%)
- Anda dikehendaki menyediakan satu Kertas Cadangan bagi Program Webinar. Cadangan Webinar boleh dibuat berdasarkan kumpulan sasaran iaitu samada:-
i. Pelajar Sekolah
ii. Mahasiswa Universiti
iii. Masyarakat Umum – Cth: Usahawan, Golongan Wanita, Ibubapa dsb
- Sila sediakan Youtube Pembentangan Program Webinar kumpulan anda (tempoh masa pembentangan antara 20-25 minit).
- Sila hantar Kertas Kerja, Poster, Power Point dan Link Youtube Program pada 16 OKTOBER 2022 sebelum jam 12 tengahari dalam Online Learning.
- Setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan program webinar dalam perjumpaan ke 4 pada 16 OKTOBER 2022 (Ahad).

Berikut adalah contoh tugasan kerja kerja bagi tujuan rujukan bagi pelajar:
VKMB1021
Pembentangan Melalui Video bagi Kertas Kerja Webinar
Pembentangan Kumpulan 1 - Pelajar Semester Januari 2022/21
Pembentangan Kumpulan 2 - Pelajar Semester Januari 2022/21
Pembentangan Kumpulan 3 - Pelajar Semester Januari 2022/21